About Me

My photo
✿I'm a huge fan of fashion! My fav designers of lifetime will be Miuccia Prada,Carollina Herrera , Marc Jacob $ Jimmy Choo ! One thing for sure, never judge me because you only know my name but not my "story".I may look so small but I bite .. I'm selfish and insecure.. I make mistakes.. Well,Imma human.. I am not perfect.✿

Friday, August 26

MY WORST THE WORST

Hari ni merupakan hari yang paling menyakitkan bagi aku... Aku mendapat markah paling rendah dalam subjek Chemistry iaitu 18% sahaja... Aku tidak pernah menyangka bahawa aku akan mendapat keputusan yang paling teruk dalam sejarah aku. Walaupun aku senyum atau ketawa,tidak bermakna hati ku pun begitu juga... Hati aku menangis namun tiada satu pun yang tahu.... Aku sudah cuba sedaya upaya aku namun segalanya tidak bererti lagi... Malu untuk ku bersemuka dengan rakan sekelas aku kerana aku tahu aku pasti akan dipandang rendah.. Amat malang bagiku kerana aku belajar di kelas yang terbaik... Aku tidak dapat menahan sebak..
Maafkan Miss Maddy sekiranya terdapat campuran bahasa dalam post kali ini...Feel free to visit and follow my bloggie!

Saturday, August 20

Oh It's August

Lama dah I tak post kan? Well,I busy ngan exam kat sekolah sejak dua menjak ini.. Bercakap mengenai exam,I happy sangat cuz usaha I selama ini membuahkan hasil . Korang tahu tak,dulu I dapat GRED C tau dalam Maths. Waktu tuu rse kecewa tahap 100.. Selepas tuu,I dapat GRED B jer dalam exam yang lalu.. Memang ada peningkatan tetapi markah ngan gred c tuu dekat jer... Kini,I happy sangat sebab I akhirnya dapat GRED A!!! Wohooo I akan terus menerus dengan usaha yang constant agar dapat A OR A PLUS PLUS... 




Tadaaa! Inilaa markah bagi semua pelajar 5s6.. Hurm..I rse ade tinggal satu nama jer dalam list ni




Maafkan Miss Maddy sekiranya terdapat campuran bahasa dalam post kali ini...Feel free to visit and follow my bloggie!

Friday, August 5

A New Day W Harian Metro

NGERI...kaki yang ditemui dalam tandas.

AMPANG: Misteri penemuan anggota badan yang dikerat lebih 15 bahagian di beberapa tempat dan dalam tiga bungkusan plastik di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, terjawab apabila ia disahkan milik seorang wanita dan seorang kanak-kanak.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata anggota badan yang dikerat itu milik wanita dipercayai berusia 20-an dan kanak-kanak lelaki berusia lima hingga enam tahun.

“Hasil bedah siasat mendapati anggota badan yang dimasukkan dalam bungkusan plastik itu milik kanak-kanak manakala anggota badan yang ditemui dibuang di beberapa tempat termasuk tandas milik seorang wanita.
“Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa itu belum dapat dikenal pasti. Cap jari mayat wanita sudah diambil untuk semakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, polis masih menyiasat kes terbabit bagi menyemak laporan kehilangan individu selain beberapa perkara lain yang boleh membantu siasatan.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan dua mayat terbabit mempunyai kaitan talian darah, namun identiti mangsa dan punca kematian masih dalam siasatan.
Harian Metro semalam melaporkan bau busuk di sebuah pangsapuri sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini.

Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.

# Betapa kejamnya manusia zaman sekarang! Sehinggakan sanggup membunuh insan yang lain.. Credit to Harian Metro ! Terbaik dari Metro 

Maafkan Miss Maddy sekiranya terdapat campuran bahasa dalam post kali ini...Feel free to visit and follow my bloggie!